Posts

Showing posts from April 28, 2013

Penggangur Terhormat...

Ada ke istilah penggangur terhormat.. Mesti la ada...sapa dia?Aku le tu.. Dah 4 hari kerja tak termasuk cuti hari perkerja...aku kat ofis ni tak ada keja.Bosan sesangat..rasa nak amik cuti jer..tapi cuti kena simpan mana tau ada kes kecemasan.Cuti dah abis ..susah pulak Boss..keja bila nak masuk ni.. Keja kat site tak siap lagi cam mana nak masuk ofis...nak proses data? tu la nasib pelukis pelan cam aku ni... selagi keja2 kat site tak siap terpaksa le menggangur... siap le ko nanti bila keja dah masuk tak menang tangan nanti..masa tu la OT melambak..kayo makcik... Apa nak buat erkkk...FB sudah blog walking sudah... nak tido ..tak mau pulak...

Jalan jalan cari makan ....D Rest. Nasi Lemak Ayam Kampung

Image
  Petang semalam cuti hari buruh cik hubby tanya nak pegi mana2 tak malam nanti..boleh juga la..kita cari makan ringan2 roti canai ke.. Lepas maghrib keluar le kami 4 beranak..anak2 yang lain pegi KL.memang cadang nak makan roti canai jer.Tetiba jer ubah fikiran..kawan pejabat ada cerita satu Restoran jual nasi lemak ayam kampung sedap katanya di Pekan Lama Ipoh.. Kami pun pegi..mula tak jumpa.Pusing2 kat jalan Yang Kalsom..akhirnya jumpa juga ..     Restoran Nasik Lemak Ayam Kampung  Pelayan direstoran ni semua pakai pakai pakaian seragam nampak kemas jer Beefthenderleon with balck paper sos  ini makanan cik hubby.... chicken chop Chicken chop ni anak dara punya. Nasi goreng ayam Kampung nasi goreng ayam kampung i yang punya..ayam dia lembut jer biasanya ayam kampung daging dia keras sikit..   Nasi Goreng Kampung ni abang macho punya.... harga nya boleh tahan le juga semua sekali campur air Rm 48.90.....  

Selamat Hari Pekerja...

Image
Selamat hari pekerja dan selamat bercuti kepada semua pekerja2 diseluruh donia.Terutamanya surirumah tangga sepenuh masa dan separuh masa.Walaupun suri rumah jer tapi tetap bekerja juga kan, subuh dah bangun larut malam baru nak tido,gaji pun tunggu ehsan cik somi.Bekerja dengan ikhlas untuk anak2 dan suami.Semoga pengorbanan suri rumah dihargai sang suami.Kerja sebagai suri rumah ni tak pernah cuti pun..cuti pun masa tido jer..itu pun entah berapa jam jer dapat lena. Dan kepada para pekerja semua bekerja lah dengan tekun jangan curi tulang kejayaan sesebuah syarikat bergantung kepada kecekapan para pekerja.Kalau pekerja lalai dan main2 dalam melakukan pekerjaan hancur la syarikat. Hari ni cuti berkesempatan untuk masak makan tengah hari .simple jer masak ari ni masak asam rebus ikan kembung,peria goreng belacan dan ikan bakar cicah air asam.Anak2 berselera makan.Ari ni buat air asam guna cili hasil tuaian dari pokok cili merah nan sebatang. pokok cili merah yang selalu ditayang

kebun yang di tinggal pergi selama 4 hari...

Image
Selama 4 hari menjaga abah di hospital...ku tinggal kan kebun yang sekangkang kera tanpa disiram.. Ada yang meneruskan perjuangan untuk hidup ..ada yang hilang dimakan siput. ada yang hidup segan mati tak mahu..baja tahi ayam telah diberi...adakah perlu diberi baja lain agaknya   ini sawi hongkong ..entah bila le dia nak membesar. Pokok kacang panjang dah mengeluarkan bunga...tapi daunnya habis berlubang2...harap2 umurnya panjang.  pokok kacang panjang daun berlubang2 cili merah dah masak...pedas menyegat.. harap2 semua tanaman ni hidup subur hendaknya... buah mata kucing dah masak...sedang mengutip hasil....kali ini tak banyak hasilnya sebab cik kelawar dah balun dulu..

Ayahandaku...

Image
Ni nak cerita kesah tentang abah... Pada 19 april baru ni abah diserang asma yang teruk kena masuk ccu 3 hari dr. kata 50/50 pnomonia kata dr. la..paru2 dia dah rosak.karbon dioksida dah penuh dalam paru2.jadi dr terpaksa koma kan dia untuk membantu dia bernafas.Gula dalam darah tidak terkawal.Sebelum pergi umrah abah memang dah tak sihat.Balik dari umrah semakin menjadi2 la penyakitnya.Abah baru jer keluar wad..tapi masih suka membantah cakap anak2.Dia ingat anak2 dia kecik lagi.Anak2 dengar cakap dia jer.Tu la orang tua..masih ingat anak2 nya masih kecik lagi pada hal dah beranak pinak...   Selepas ini abah tak dibenarkan tinggal kat kampung sorang2 lagi.Amat merbahaya..tapi masi lagi nak duduk kat kg.risau tentang umah la...haih... Abah cuba le jangan degil cakap anak2.sekarang ni giliran abah dengar cakap kami semua pulak yer.. Kami semua sayang kat abah