Posts

Showing posts from July 7, 2013

Marhaban ya Ramadhan...al fatihah buat arwah bonda Aisyah Jamaluddin

Image
Esok kita start berpuasa...banyak kenangan menjelma bila menjelang Ramadhan.Terutamanya pemergian bonda tercinta pulang kerahmahtullah pada 2 ramdhan tahun lepas.Masih ku ingat lagi tahun lepas satu ramadhan kami adik beradik menjadi kelam kabut sebab mak dikejarkan ke hospital mungkin kerana kegagalan buah pinggangnya bekerja.Sebelum dia memang sakit tak boleh tidor berbaring kerana terjatuh.Ini menyebabkan kakinya bengkak.Toksin dah penuh dalam darah.Allah sayang padanya dijemput nya kembali pada 2 ramadahan tahun lepas .Al fatihah wat emak tersayang tempat aku mencurah perasaan ku dikala jiwa merana.Sekarang ini tiada tempat untuk ku mencurah perasaan.Emak anak mu ini sering merindui mu..