Posts

Showing posts from March 24, 2013

Masing-masing dah bercambah...sukanya hati...

Image
Ini pokok kancang panjang dah di semai sejak 2 minggu pertumbuhannya cepat juga, disemai dalam pasu seminggu kemudian baru ubah keatas tanah.      Yang ini pulak pokok bunga kobis disemai sama ngan kancang panjang tapi pertumbuhannya lambat sikit tapi dah nampak hasilnya... Yang ini pokok kailan hongkong benih dibeli kat kedai berhampiran dalam taman juga..kedai tu memang jual benih2 sayur  dan juga tanah hitam.Disemai dalam masa 3 hari jer..dah dapat lihat pertumbuhannya....manyak suka hati gua..

pokok kangkong dan ketumbar...masing-masing dah mengeluar tunas

Image
 Pokok kangkung dah mengeluarkan tunas....mungkin perlu dialihkan ketanah atau biarkan je dalam pasu tu.....tunggu lah cam ne nanti  Atas ni pulak anak pokok ketumbar...tabur sahaja dalam pasu... tak tahu pulak pokok ni cili apa ...agaknya cili besar kut..tumbuh ...tak reti lak nak rotate pic ni... Pokok cili ni tumbuh dengan sengaja ....biji nya dicampak jer ke tanah...mahu lak tumbuh..dah ada buahnya.

Hidup juga cili ni di dalam ribunan cik labu kuning...

Image
Masa campak biji labu ari tu ada semai pokok cili padi sebelahnya.Masa cik labu menjalar..cik cili padi ni hidup dengan suburnya..ada le dalam 4 pokok...yang jadi..selebihnya ..dah dibaham si cik siput.  nampak tak cik cili tu...seronok rasa hati...cik labu ni akan dibuang.Nak bersihkan biar cik cili hidup dengan subur puluk.  Sebelum balik kampung ari sabtu lepas cik labu telah dibersihkan.Mungkin MY LAKI akan merumput hari minggu ni..sementelah dia tak nak ikut balik kampung.  ha..baru nampak cik cili ada 4 pokok.kalau nak ikut kan dari induk dia...buah cili kampung ni pedas sangat, amik dari pokok cili emak kat kampung.Bila la agaknya boleh mengeluarkan hasil...tunggu je la Tak sabor rasanya....