Posts

Showing posts from September 30, 2012

Bengkang Tepung Gandum

Image
Bengkang Tepung Gandum..serapan pagi ni Semalam rasa sihat sikit badan..kalau tidak kaki ni rasa sakit sangat kalau duduk lama..kalau berdiri tak kesah sangat...jadi teman merancang nak wat kuih bengkang tepun gandum..arwah mak suka ni..kalau dia masak tak oven nya siap bakar pakai sabut kelapa atas bawah...siap garing atas bawah..kuih ni pun kegemaran abah gak.. Resepinya.. 2 cawan tepung gandum 4 cawan santan 1cawan gula 1biji telur perwarna hijau/perisa pandan cara: 1. pukul telur dan gula sampai sebati,kemudian masukan 4 cawan santan kedalam adunan telur tadi dan kacau samapi sebati 2. masukkan pulak tepung gandum tadi dan kacau sampai sebati ngan adunan satan tadi..lepas tu campurkan perwarna hijau dan perisa pandan. 3.tapisa adunan tadi ...lenser loyan dengan majerin kemudian bakar dalam oven selama 1 jam atau sampai masak...kalau nak lagi tradisi...bako ngan dapur arang...lagi sedap gambo tak lawa ..tak kesah la..saja je nak simpan resepi ni takut lupa..senang kemudian hari na…