Posts

Showing posts from April 14, 2013

Duke ...yang tampan dan bergaya..

Image
Ha..apa macam kalau aku yang bawak Duke ni...Ada sapa nak bonceng..   Aku yang tinggi 151cm ni nak bawak Duke ni ..huhuhu kaki aku pun tak sampai nak cicah tanah... Sapa kah jejaka tampan yang menunggan nya...entah-entah awek cun ..sapa sangka kan.Sekarang orang pompuan pun bawak motor berkuasa tinggi. Jom  Vrommmmmmmmmm

Kebun Orang......di tepi kawasan pembinaan.

Image
      Pic ni amik ari jumaat lepas masa nak amik anak kat sekolah dekat pekan Chemor.Kebun ni diushakan oleh seorang ah pek.Nampak tak zink biru tu disebalik zink tu ada projek perumahan sedang dibina.Dengan gigihnya apek ni berkebun..itulah bangsa cina.,memang tak leh tengok ada kawasan yang boleh bercucuk tanam.Apa yang di tanam ah pek ni yer...      Rasanya yang berbalut tu buah peria kut..dekat pokok peria tu ada pokok kailan gemuk2..baja apa yg dipakai agaknya yer...air kencing cucu dia kut..huhuhu(aku buat fitnah hehehe).  Nampak tak pokok keladi pun ada...ermm batang keladi sedap buat masak asam rebus campur ngan ikan bilis atau pun buat masak lemak...yang tak best nya bila dpt keladi gatal..huhuhuhu. ada jugak pokok kacang panjang hidup segar..bila pulak kacang pokok kacang panjang kat kebun sendiri nak membesar ..asyik kena baham dik cik belalng jer..kena sabokan... Dekat area chemor ni memang tempat pengusah pekebun sayur..mereka mananam sayur dalam se

Semua selamat di alihkan kebatas...

Image
Asalamulaikum ..selamat pagi ahad.. Sepanjang malam hujan..dingin betul pagi ni..Apa agenda hari ni yer...pukul lapan nanti Dato Husni Hanazallah nak belanja serapan pagi ke kat kedai depan ...ermm nak pegi ke tidak. semalam dah jumpa dia di pasar Chemor.Biasa la kan dah dekat nak mengundi ni..tapi tak pulak nampak kelibat wakil parti pas ke pkr ke...mana diorang ni erkkk...tapi ada aku kesah hahaha... Semalam dah mengalihkan anak benih sawi hongkong ,bunga kobis dan kobis ke batasa.Aduhai...sakit 2 badan dibuatnya..menyangkul buat batas la  mengalih anak2 benih la....usia dah masuk senja ni kan kudrat dah kureng sikit lagi2 ada penyakit diabetis ni...banyak urat saraf dah rosak. Ini pokok ketumbar di tanam dalam pasu jer. Hati banyak sakit semalam bila nampak kuncing siap baring dalam pasu pokok ketumbar ni...dia ingat tido atas karpet kut..nasib baik pokok ketumbar ni tak rosak.Untuk menyelamat kan anak2 sawi,kobis dan bunga kobis dari kucing yang menjadikan batas2 ni t