Posts

Showing posts from 2013

Pedihnya hati ini...

Bila kita dapat tahu orang yang kita sayang mempermainkan kita ...hati mula merasa sakit,sedih dan terawatt kecewa.Mula tertanya2 apa kekurangan kita?Apa kehendak semua telah diberi..sanggup mengabaikan keperluan sendiri.Perlu kah aku meninggalkan hati ini masih marasa kasih kepadanya.

Ya allah tabahkan hatiku untuk melupakannya.Biarlah dia mencari kebahagian dia sendiri.Mungkin aku tidak cukup bagus pada dirinya.Sudah puas ku tabur budi...rupanya habis madu sepah dibuang...

Lama dah tak update blog...

Image
Lama dah tak update blog...malas nak menaip..lagi pun idea kurang.Tak tau apa nak ditulis.Tapi hari ni letak la pic makanan sepanjang cuti hari raya yg lepas.....
 Mee kari....terbaikk
 Masak lemak telor itik ,ulam2 n sambal belacan
 Pecel lele(ikan keli goring),pucuk paku masak lemak,sambal belacan n ulam raja
 Ayam masak merah
nasi tomato
kek coklat ...sepatutnya dikukus...tapi dibakar dlm oven ini lah rangkuman cerita sepanjang syawal lepas....

Iftar dihujung minggu..Nasi ayam.ayam bakar dan bubur kacang hijau dengan durian

Image
Jumaat lepas Hagiq balik ..pesan nanti masak daging masak lemak untuk bawak balik KL hari Ahad nanti ..Tapi iftar untuk ari Sabtu lepas..Nasi Ayam.ayam bakar dan bubur kacang campur durian.Bubur kacang permintaan anak dara .memang dia sorang pun yang makan pun

nasi ayam ni seklip mata je licin nya..sementara aku solat maghrib..dekat nak abis .Tinggal tuk aku jer  sikit.Nasib baik aku tak jadi Ibu siPekan dalam cerita batu belah batu bertangkup.Syukur allhamdulillah rezeki di beri allah tak membazir pun ..

Marhaban ya Ramadhan...al fatihah buat arwah bonda Aisyah Jamaluddin

Image
Esok kita start berpuasa...banyak kenangan menjelma bila menjelang Ramadhan.Terutamanya pemergian bonda tercinta pulang kerahmahtullah pada 2 ramdhan tahun lepas.Masih ku ingat lagi tahun lepas satu ramadhan kami adik beradik menjadi kelam kabut sebab mak dikejarkan ke hospital mungkin kerana kegagalan buah pinggangnya bekerja.Sebelum dia memang sakit tak boleh tidor berbaring kerana terjatuh.Ini menyebabkan kakinya bengkak.Toksin dah penuh dalam darah.Allah sayang padanya dijemput nya kembali pada 2 ramadahan tahun lepas .Al fatihah wat emak tersayang tempat aku mencurah perasaan ku dikala jiwa merana.Sekarang ini tiada tempat untuk ku mencurah perasaan.Emak anak mu ini sering merindui mu..

Apa yang ada dalam handbag aku...

Image
Hari ni ngan banggannya sampai awal ke pajabat..kul 8.00 dah terpacak kat ofis.Sebelum naik ofis order roti canai kat kedai bawah jap lagi turun lepas buka ofis.Naik atas ..cari le kunci dalam handbag..cari punya cari ..kunci ofis tak ada.Kunci punya le banyak dalam tu kunci ofis jer tak der... huhuhu..lepak kat bawah le jawapnya...tunggu budak-budak lain datang.Mana yer pegi nya kunci ofis..tinggal dalam handbag lagi satu ke..rasanya dah keluarkan semua.. Naik jer atas Manan dah sampai huhuhu..nasib baik.Masuk jer ofis ku lambak kan isi handbag atas lantai.Apa yang ada dalam handbag tu..kunci kereta,kunci rumah,dah tah pa2 kunci entah.Patutla berat handbag..rasa nak patah bahu ha tu dia...pa ke jadah yang ada dalam handbag aku..ubatla..dompet,surah yasin,mesin bacaan gula dalam darah..duit syiling jer ada dalam rm10.00 mana tak berat..tu belum dompet siAmirah lagi....

Sibuk memanjang...

Salam..
Dah lama rasanya blog ni terbiar..sibuk memanjang..ke tak ada bahan nak cerita.Sepanjang minggu lepas ketat dengan jadual keja sampai tak ada masa nak tengok kebun yg berekar tu..hahaha..
cam luas beno yer..

Sekarang ni ada tugasan tambahan ....menyiram pokok orkid.Balik kampong bila erk..tak ingat dua minggu lepas kut ada amik orkid abah.Kesian pokok2 orkid tu kering tak sapa nak siram jadi bawak le balik ke Ipoh ni.Sebeno idak le tau bela orkid sebab memang tak minat tanam bunga..huhuhu.Bela jer la..kut mau lak dia berbunga..Arwah mak masa ada memang dia suka tanam orkid..sama ngan abah ..pokok orkid yg dah mati tu kalu bagi kat depa ..mau idup balik..

Nanti pic pokok2 orkid akan menyusul kalau teman rajin yerk...

No Idea...

Image
Tak ada idea apa nak tulis...
bz ngan tugasan di pejabat...
so idea nak menulis tak ada sebab bahan tak ada

Hari ni last anak bujang manja kat umah..
esok nak daftar masuk semester baru..
tak ada lah dapat nak harapkan tengok adik2 diumah..
Semoga sem berusaha ngan lebih lagi...

Jom kita jamu mata tengok pengantin anak jiran


Di penghujung May...Arghhhhhhhhhh keletihan

Image
Dah nak masuk bulan Jun rupanya ..dah dekat setengah tahun.Minggu ni terlalu penat rasanya...sebab keja dari hari sabtu sampai le jumaat pas tu balik lewat jer..Kerja JKR dah siap tapi draf dulu tunggu JKR komen lak lepas tu baru le final kan..haru kalau dapa keja cam ni.

Hari gi melawat kebun yang sekangkang kera tu...pokok kacang panjang dihurung semut...habis kacang panajang tu dimakan nya..apa patut dibuat erkk..Kena Tanya pakar le jawabnya..

Hari ni lunch balik umah kena teman anak dara sorang tu abang2 dan atuk gi solat jumaat.Lunch tadi masak Rendang Udang bersama kacang panjang,ikan goreng sambal belacan dan ulam.Sebeno nya dah tak tau apa nak masak...
Rendang udang sekuali... Besok teman baik setaman wat kenduri kawin anak tiri dia..anak buah hubby juga kawin tapi kat Shah Alam ..ofis mate jugak kawin esok kat Jitra ..mok aii..mana satu.Yang wajib anak buah le tapi hubby tak bagi kata putus pegi ke tidak..kalau tak pegi rezeki teman baik setaman le jawabnya. Sebelum masuk ofi…

Kacang Panjang dah pun mengeluarkan hasil...

Image
Sebelum pegi keja hari ni melawat kawasan sekejap...kacang panjang dah berjuntai..cili api dah berbuah..hati mula pun berbunga2..

ini pokok cili api..dah berbuah

pokok cili merah penah tunjuk dulu..dah penah kutip hasil..pedas sangat

Pokok kancang panjang .... boleh buat masak lemak ni..tapi tunggu yg lain dulu
Pokok timun jepun dah kena cantas ngan si tukang kebun..harap2 boleh bertahan

nasib baik yang ini tak dicantasnya sekali... Yang ini anak no 4 lelaki bongsu..tetiba jer demam semalam abah dia bawak hospital..kena tahan kat wad permehatian...nasib baik tak ada apa2 yang serius.

Selamat Berhari Minggu....

Image
Assalamualaikum.selamat pagi minggu.Sarapan apa hari ni..hari ni tuan umah masak nasi lemak .Tapi tuan umah kena keja ari ni.Aduh..kepenatan sepanjang minggu kena keja tapi sempat nak berblog pulak errkkk...ishhh.2 Hari ni jiran selorong taman buat kenduri kawin anak dia,tak dapat nak menolong.Tapi tengahari karang balik jap pagi nolong makan.Wohahaha..baguih nya jiran pegi makan jerk..apa nak buat keja lagi penting.Pagi suboh dah hujan pokok2 tanam2 tak payah diseram lega jugak jimat air..
Ok Selamat beristrehat dihujung minggu yer..agak2nya ramai yang pegi kenduri hari ni...gantung peghoyok le mika yerkk....


Hari kedua betapa di pejabat sewaktu orang lain bersantai ngan keluarga....huwaaaaaaaaaaaaaaaaa

Image
Hari Sabtu sepatutnya ofis tutup tapi terpaksa bekerja lagi hari ini kena siap pelan dah janji ngan bos.Aku mesti tunjukan keupayan ku seorang yang dah otai dalam membuat pelan.Jangan boss ingat aku dah nak masuk 5 series ni tak berupaya dah nak melakukan tugasan.Junior pun masih merangkak2 belajar buat pelan buat aku sakit jiwa...sabo je la.. Kalau le aku berhenti keja cam ne la boss nanti.Staff bukannya ramai sangat mau kelam kabut dibuatnya hahaha.. Santapan pagi ni cuma kue tiaw goreng beli punya ok kita mula kan tugas...jangan buang masa lagi...keja rajin2 raya nanti dapat bonus..yahoo.ooo

Selamat bercuti sempena Wesak Day...

Image
Orang semua bercuti hari ini..anak2 pun dah start cuti sekolah.Aku kena kerja hari ini keja kat site dah masuk kena anto hari Isnin nanti ,ini bermakna kena keja sampai hujung minggu ni.Aduhaiiii...leteh cam gini.Tapi masyuk le sikit bulan ni..huhuhuhu
Sementara nak start keja isi perut dulu..kalau perut kosong tak leh nak fikir..nak proses data n edit lukisan .Banyak ni kena buat ni...boleh ke siap?Mee Hoon ni dimakan bersama cili potong dan daun ketumbar tanam sendiri ..mee hoon goring sendiri bukan beli tauuuu.. Ok Selamat Bercuti....byeeeeeeee

Lempeng with sambal sardin...

Image
Tu dia sarapan aku ari ni lempeng with sardin ..samabil makan mengadap pc..kat ofis ni.Dashat nya staff..boss dah siapkan pantry masih nak makan kat meja kerja juga..

cerita hujung minggu...dan cerita hari ini

Image
Hujung minggu lepas balik kampung di Bidor..bawak abah tengok umah dia.Bagi dia lepas rindu kat umah dia bilik dia..bau tanah dia bau rumput dia.Dan yang utama melepaskan rindu dendam dia bawak kereta kat pekan bidor.Masuk hari kedua kat kg..dah start mengah balik.banyak sangat memandu..tu dia.Larang karang merajuk.Sekejap2 dah tarik nafas..cam semput jer risau jugak.. Dua hari di kg.En Hubby dan anak2 jadi tukang kebung.mesin rumput ..memerun ...sedap nya bau asap rumput.Terkenang masa kecik2..masa duduk ngan Opah dulu tiap2 petang bakar daun2 cempedak kering...







Mintak-mintak dipanjangkan umurnya...

Image
Petang nanti nak bawak abah balik kg.Dia dah rindu kat katil dia..kat umah dia..kat tanah dia.Kalau boleh dia nak memandu sendiri..wow..tak dibenarkan lansung.Duduk kat umah ni pun duduk2 jer dah boleh tido..ini kan bawak keta.
Balik kampung dalam 2 hari.Cam ner la nak tinggal kan cambahan pokok bendir usa dan kankung dan yang lain2nya.Harap2 hujan le dalam 2 hari nanti.  Pagi tadi dah hujan jimat air tak yah nak siram pokok




Sekeping kad Hari Ibu dari my princes...

Image
Terima Kasih sayang....
walaupun adik buat sendiri ibu tetap suka

Kebun yang segan nak hidup...berbanding orang lain punya..

Image
Pokok kobis dan sawi hongkong yang telah dialihkan kebatas berminggu yang lalu hilang tanpa dikesan.Ada yang tinggal pun hidupnya segan tapi mati tak mau.Pokok kacang panjang telah dihurung semut hitam..huhuhu kesian pokok kacang tu..
ini cambahan timun jepun dulunya tempat pokok bunga kobis yang tak sempat membesar.Harap pokok timun ni selamat la hendaknya.Di tepinya dicucuk batang pokok kangkung.Elok pulak tumbunhya. yang ini pulak pokok kacang buncis.Sebenar semai biji benih nya 5 biji yang selamatnya 2 pokok jer..yang lain2 nya innalillah...pagi tengok ada ..petang tengok ada..pagi esok nya dah missing in action.Kena cari racun siput babi..ooppssssss. Pokok cili api ada 4 pokok.yang sepokok lagi tu ghenet jer.Daunnya sedikit kerinting.Terlebih baja kut.tapi dah star berbunga.Nanti tak yah le beli cili api lagi...nangis tokeh cina kedai depan tu.
Pokok ketumbar yang harum baunya..tempat kucing2 pendatang duduk menumpang tido.Kucing2 ni bukan tak ada tuan.Bila kucing tu dah tua tua…

Selera Abah .....

Semalam untuk makan tengahari aku masak lauk ayam masak lada hitam..sarapan pulak mee hoon singapore.. Masa sarapan tengok abah berselera je makan mee hoon.Buat sebungkus kecil jer dah campur sayur jadi banyak le pulak.. Tengahari anakku yang cuti semester call aku di pejabat bertanya "ibu masak apa".. aku jawab"ibu masak ayam blcak paper"..naper ? dalam hati aku..mesti atuk dia tak makan...aku tau abah tak makan ayam..hehehe aku tanya lagi "atuk makan apa"?makan mi hoon jer..jawabnya. Balik jer dari ofis aku terus ke Mydin..beli barang keperluan..dan makan kegemaran abah apa lagi le...daging, udang, sotong dan ikan siakap.Abah tak gemar makan ikan dia makan ikan yang tertentu saja..payah tul nak sediakan makanan dia.Patut la arwah mak selalu cerita abah ni hanya makan daging,udang,sotong..kalau boleh hari2 pun tak per..kalau masak lemak ikan hanya emak jer yang makan ..last2 ikan tergolek kat longkang rezeki kucing masa kecik2 dulu seingat2 aku le jaran…

PRU 13..selesai sudah.

Selesai sudah Pru 13..keputusan pun dah ketahui.BN masih lagi memerintah.Syukur tak ada apa yang terjadi.Diharap Semua rakyat berpuas hati.Dah jemu baca kat wall FB pasal politik.Banyak yang menghentam kerajaan.Terutama nya pengikut 2 pembangkang yg sudah2 la.Sekarang kita kena kaji bagimana ramai pengundi kaum cina berpaling tadah dema bersatu hati dalam menentukan pemimpin mereka.Kita bangsa melayu asyik mencari kesalahan jer semua kerajaan buat tak betul.Terutama yang muda2. Mereka sebenarnya tak pernah rasa susah.Tapi kalau silap langkah mereka akan tahu nasib mereka.Aku berharap kerajaan sekarang akan memerintah dengan adil dan saksama.

Penggangur Terhormat...

Ada ke istilah penggangur terhormat..
Mesti la ada...sapa dia?Aku le tu..
Dah 4 hari kerja tak termasuk cuti hari perkerja...aku kat ofis ni tak ada keja.Bosan sesangat..rasa nak amik cuti jer..tapi cuti kena simpan mana tau ada kes kecemasan.Cuti dah abis ..susah pulak

Boss..keja bila nak masuk ni..
Keja kat site tak siap lagi cam mana nak masuk ofis...nak proses data?
tu la nasib pelukis pelan cam aku ni...
selagi keja2 kat site tak siap terpaksa le menggangur...
siap le ko nanti bila keja dah masuk tak menang tangan nanti..masa tu la OT melambak..kayo makcik...

Apa nak buat erkkk...FB sudah blog walking sudah...
nak tido ..tak mau pulak...

Jalan jalan cari makan ....D Rest. Nasi Lemak Ayam Kampung

Image
Petang semalam cuti hari buruh cik hubby tanya nak pegi mana2 tak malam nanti..boleh juga la..kita cari makan ringan2 roti canai ke.. Lepas maghrib keluar le kami 4 beranak..anak2 yang lain pegi KL.memang cadang nak makan roti canai jer.Tetiba jer ubah fikiran..kawan pejabat ada cerita satu Restoran jual nasi lemak ayam kampung sedap katanya di Pekan Lama Ipoh.. Kami pun pegi..mula tak jumpa.Pusing2 kat jalan Yang Kalsom..akhirnya jumpa juga ..  Pelayan direstoran ni semua pakai pakai pakaian seragam nampak kemas jer

 ini makanan cik hubby....
Chicken chop ni anak dara punya.


nasi goreng ayam kampung i yang punya..ayam dia lembut jer biasanya ayam kampung daging dia keras sikit..

Selamat Hari Pekerja...

Image
Selamat hari pekerja dan selamat bercuti kepada semua pekerja2 diseluruh donia.Terutamanya surirumah tangga sepenuh masa dan separuh masa.Walaupun suri rumah jer tapi tetap bekerja juga kan, subuh dah bangun larut malam baru nak tido,gaji pun tunggu ehsan cik somi.Bekerja dengan ikhlas untuk anak2 dan suami.Semoga pengorbanan suri rumah dihargai sang suami.Kerja sebagai suri rumah ni tak pernah cuti pun..cuti pun masa tido jer..itu pun entah berapa jam jer dapat lena.

Dan kepada para pekerja semua bekerja lah dengan tekun jangan curi tulang kejayaan sesebuah syarikat bergantung kepada kecekapan para pekerja.Kalau pekerja lalai dan main2 dalam melakukan pekerjaan hancur la syarikat.

Hari ni cuti berkesempatan untuk masak makan tengah hari .simple jer masak ari ni masak asam rebus ikan kembung,peria goreng belacan dan ikan bakar cicah air asam.Anak2 berselera makan.Ari ni buat air asam guna cili hasil tuaian dari pokok cili merah nan sebatang.



Banyak anak2 benih yang dialihkan ke batas …