Selamat Hari Pekerja...

Selamat hari pekerja dan selamat bercuti kepada semua pekerja2 diseluruh donia.Terutamanya surirumah tangga sepenuh masa dan separuh masa.Walaupun suri rumah jer tapi tetap bekerja juga kan, subuh dah bangun larut malam baru nak tido,gaji pun tunggu ehsan cik somi.Bekerja dengan ikhlas untuk anak2 dan suami.Semoga pengorbanan suri rumah dihargai sang suami.Kerja sebagai suri rumah ni tak pernah cuti pun..cuti pun masa tido jer..itu pun entah berapa jam jer dapat lena.

Dan kepada para pekerja semua bekerja lah dengan tekun jangan curi tulang kejayaan sesebuah syarikat bergantung kepada kecekapan para pekerja.Kalau pekerja lalai dan main2 dalam melakukan pekerjaan hancur la syarikat.

Hari ni cuti berkesempatan untuk masak makan tengah hari .simple jer masak ari ni masak asam rebus ikan kembung,peria goreng belacan dan ikan bakar cicah air asam.Anak2 berselera makan.Ari ni buat air asam guna cili hasil tuaian dari pokok cili merah nan sebatang.
pokok cili merah yang selalu ditayangkan

ada orang dah tak sempat nak makan

hasil tuian hari ini..cili merah pedas menyengat

Banyak anak2 benih yang dialihkan ke batas hilang begitu saja..makan cik siput kut atau belalang..sedih nya.Hari ni nampak semut banyak kat pokok kacang panjang...cam tak harapan nak berbuah jer...huhuhu
hasil tuain yang selalu dibanggakan..buah mata kucing

Comments

Popular posts from this blog

Sup ikan Gruk-gruk ..untuk org dlam pantang

Chow Kit Road yang penuh memori...

aduhai..ni yg malas jumpa dr. ni...............