Kebun yang segan nak hidup...berbanding orang lain punya..

Pokok kobis dan sawi hongkong yang telah dialihkan kebatas berminggu yang lalu hilang tanpa dikesan.Ada yang tinggal pun hidupnya segan tapi mati tak mau.Pokok kacang panjang telah dihurung semut hitam..huhuhu kesian pokok kacang tu..

ini cambahan timun jepun dulunya tempat pokok bunga kobis yang tak sempat membesar.Harap pokok timun ni selamat la hendaknya.Di tepinya dicucuk batang pokok kangkung.Elok pulak tumbunhya.
yang ini pulak pokok kacang buncis.Sebenar semai biji benih nya 5 biji yang selamatnya 2 pokok jer..yang lain2 nya innalillah...pagi tengok ada ..petang tengok ada..pagi esok nya dah missing in action.Kena cari racun siput babi..ooppssssss.
 
Pokok cili api ada 4 pokok.yang sepokok lagi tu ghenet jer.Daunnya sedikit kerinting.Terlebih baja kut.tapi dah star berbunga.Nanti tak yah le beli cili api lagi...nangis tokeh cina kedai depan tu.
 

Pokok ketumbar yang harum baunya..tempat kucing2 pendatang duduk menumpang tido.Kucing2 ni bukan tak ada tuan.Bila kucing tu dah tua tuan2 kucing melepaskan kucing2nya tu yang wat sakit hati masa comel ditatang bila dah tua buang begitu saja..tu buat kat kucing.kalau wat kat orang tua sendiri tak ke haru ..letak kat umah orang tua2..Nauzubillah di jauh kan allah ,jangan la aku berbuat begitu kepada Abah...Cam ner susah aku aku tetap jaga dia.
Ini ada hasul tuaian petang semalam.Kangkung yang kurus dan sebiji cili merah yang pedas.Menu makan malam semalam Nasi Goreng kampung ..berencahkan sayur kangkung.Alhamdulillah..nasi goreng tak amik pic..bab pic makan selalu lupa sebab bila siap masak jer terus jer bedal..

Comments

Popular posts from this blog

Sup ikan Gruk-gruk ..untuk org dlam pantang

Pokok Mata Kucing

aduhai..ni yg malas jumpa dr. ni...............