Selera Abah .....

Semalam untuk makan tengahari aku masak lauk ayam masak lada hitam..sarapan pulak mee hoon singapore..
Masa sarapan tengok abah berselera je makan mee hoon.Buat sebungkus kecil jer dah campur sayur
jadi banyak le pulak..
Tengahari anakku yang cuti semester call aku di pejabat bertanya "ibu masak apa"..
aku jawab"ibu masak ayam blcak paper"..naper ?
dalam hati aku..mesti atuk dia tak makan...aku tau abah tak makan ayam..hehehe
aku tanya lagi "atuk makan apa"?makan mi hoon jer..jawabnya.
 
 
 
Balik jer dari ofis aku terus ke Mydin..beli barang keperluan..dan makan kegemaran abah
apa lagi le...daging, udang, sotong dan ikan siakap.Abah tak gemar makan ikan dia makan ikan yang tertentu saja..payah tul nak sediakan makanan dia.Patut la arwah mak selalu cerita abah ni hanya makan daging,udang,sotong..kalau boleh hari2 pun tak per..kalau masak lemak ikan hanya emak jer yang makan ..last2 ikan tergolek kat longkang rezeki kucing
masa kecik2 dulu seingat2 aku le jarang le sotong ngan udang naik kerumah..mungkin masa tu tak mampu kut..yang aku tau abah memang suka makan daging.sup tulang..
 
 
 
Malam tadi aku masak daging masak lemak pekat2...dia punya le makan anak2 aku pun kemain berselera le pulak...
yang tak best nya aku tak le amik pic waktu makan semalam..tak le benda nak aku show of kan..
Pagi ni untuk lunch tengahari aku masakan masak lemak udang dengan kacang boncis dan sambal tumis sotong redam ....
Bukan setakat ikut selera atuk selera cucu2nya juga..
Atuk ngan cucu sama naik...

Comments

Popular posts from this blog

Sup ikan Gruk-gruk ..untuk org dlam pantang

Chow Kit Road yang penuh memori...

Taniah Muhammad haziqq...ibu sentiasa mendoakan kejayaan mu