malang tak berbau....abah patah kaki



Semalam 12jan..dapat call dari Adi(adik) bagi tau kaki abah terseliuh jatuh kat hospital Teluk Intan. Aku n my laki pun bergegas balik Bidor..sampai Bidor letak kereta kat stesen bas..maka kami berdua pun naik bas..supaya kereta abah dapat bawak balik..(aku ni tak reti bawak kereta kalau tak terus je ke Teluk Intan tu)..

Sampai Hospital..abah ada kat ward kecemasan(non kritikal)...abah tersilap langkah ...abah nak langkah longkang ingatkan kaki tu dah sampai kesebelah sana tapi tak sampai terus kaki tu masuk longkang..kaki yg masuk longkang tak patah.. kaki yg sebelah kiri yg cuba menahan..patah nyer tak le teruk sangat ..lebih kurang retak sikit je..mungkin org tua kut..so kena simen gak le...Rm200 simen yg terbaik ringan jer..dekat pukul 3 juga la keluar dari hospital nasib baik abah tak kena addmit ....kalau tak girlfriend dia kat umah tu cam ner...tinggal sorang le pulak...

Sebelum balik sempat le round bandar Teluk Intan..cari tongkat untuk abah, teluk intan panas sangat munkin dekat dengan muara sungai..

menara condong ....kat perak pun ada manara condong weh...

Comments

Popular posts from this blog

Sup ikan Gruk-gruk ..untuk org dlam pantang

Pokok Mata Kucing

aduhai..ni yg malas jumpa dr. ni...............