Posts

asalamualaikum..selamat pagii

asalamualaikum selamat  pagi..hari ini sabtu tak kerja ..selalu hari sabtu kena wat ot tapi rasanya kuggerja tak ada yang urgent kita ras a nak rehat .Cadangnya nak alih anak benih sawi ,kobis ke batas.Tapi kat luar tu baru  nak cerah..apa kata kita basuh kain dulu..kain dalam mesin basuh perlu di sidai semalam dah basuh seround pagi nak basuh baju sekolah.DIsebabkan tiap-tiap hari ujan kain yang dibasuh banyak yang tak kering.Harap pagi ni adala cik matahari . ...

Hujan Sepanjang Minggu....

Image
Sepanjang minggu ni hujan sesaja diIpoh ni...masuk jer tengahari...mula le mendung...tapi masih panas terik..Masuk jer petang mula gelap gelita...dan hujan tak henti sampai malam.Dah berapa hari anak2 benih tu tak disiram. pic terbalik ...hehehe tak reti nak rotate...dah mendung dah baru kul 11.06am ni kat ofis kat meru point jelapang  

Cuti setengah hari...

Image
Hari ni cuti setengah hari sebab pagi tadi pegi hospital buat pemerikasan kencing manis.Hari ni amik darah untuk buat ujian gula dalam darah, ujian air kencing, test mata dan Ecg(jantung).pada 17hb nanti baru jumpa Dr. dan boleh tau la result ujian2 yg dilakukan tadi...nanti boleh la dengar leteran Dr. bla..bla..bla..semalam dah jumpa pakar pemakanan..dia cakap waktu makan aku teruk...tak ikut aturan... Lepas jer jumpa buat test semua tu...melantak Nasi tomato yg dibuat sendiri..huhahaha..amik ko.Sejak petang semalam sekat makan..ari belasah makan sedap huhuhu..tapi air manis masih tak minum tu pantang..hehehe kekadang pantang jumpa belasah jugak Nasi Tomato,ayam masak merah dan jelatah..perghhhhhhh    

Pokok Cili semakin galak berbuah...

Image
    Pokok cili ni tumbuh dengan sendiri..dah berbuah ..macam cili merah..tapi kurus jer..macam cili api akar je..kita tengok le bila dia masak nanti.Galak jugak la dia berbunga dan mengeluarkan buah.Dalam satu bekas tu ada daun kesum dan anak terung.     Yang bawah ni pulak anak tomato..rasanya banyak juga disemai ...tapi syukur mau juga dibercambah..nak sediakan tapak untuk dia membesar..

Rindu kat tuan tanah ni..

Image
kampung halaman Dah seminggu abah pegi umrah.Semalam balik kg. mesin rumput jangan bagi semak sangat.Bila abah balik nanti abah tengok tanah dia bersih jer... Rindu ngan arwah emak...harap emak damai disana.. Rindu juga dengan abah semoga dia mendapat umrah yang mabrur ...

Masing-masing dah bercambah...sukanya hati...

Image
Ini pokok kancang panjang dah di semai sejak 2 minggu pertumbuhannya cepat juga, disemai dalam pasu seminggu kemudian baru ubah keatas tanah.      Yang ini pulak pokok bunga kobis disemai sama ngan kancang panjang tapi pertumbuhannya lambat sikit tapi dah nampak hasilnya... Yang ini pokok kailan hongkong benih dibeli kat kedai berhampiran dalam taman juga..kedai tu memang jual benih2 sayur  dan juga tanah hitam.Disemai dalam masa 3 hari jer..dah dapat lihat pertumbuhannya....manyak suka hati gua..

pokok kangkong dan ketumbar...masing-masing dah mengeluar tunas

Image
 Pokok kangkung dah mengeluarkan tunas....mungkin perlu dialihkan ketanah atau biarkan je dalam pasu tu.....tunggu lah cam ne nanti  Atas ni pulak anak pokok ketumbar...tabur sahaja dalam pasu... tak tahu pulak pokok ni cili apa ...agaknya cili besar kut..tumbuh ...tak reti lak nak rotate pic ni... Pokok cili ni tumbuh dengan sengaja ....biji nya dicampak jer ke tanah...mahu lak tumbuh..dah ada buahnya.