Sarapan pagi yang sempoi..



Hari ni teringin nak makan kanji, ari tu terlihat kat blog mat gebu tentang bubur nasi..tu rasa


nak makan kanji..


So ari ni aktiviti kat pejabat sebelum menjalankan tugas..merebus nasi le..


apa lagi boleh le menjamu selera..resepi ni bukan le amik dari mat gebu tapi dari bonda tercinta..


layannnnnnnnnn....


Bahan2

beras secawan

air untuk merebus beras

sedikit halia

sedikit halba

udang kering

bawang besar

sedikit santan

sedikti garam

cara:

rebus beras dengan air hingga kembang kemudian masukan udang kering ,bawang besar yg telah dihiris ,halia, halba dan santan dan masukan garam secukup rasa. Dan boleh lah ditutup api bila bubur tu agak pekat sedikit. lepas tu taburkan ngan daun sup.

sedap dimakan gan ikan bilis goreng , telur asin ke ikan masin ke..dan cili padi...alamak terangkat..

Comments

Popular posts from this blog

Macam biskut pulak ya..sekejap ada sekejap tak de..

Sup ikan Gruk-gruk ..untuk org dlam pantang

Pokok Mata Kucing