Posts

Dah lama tak menulis di blog ni......

Image
Tahun 2014 dah hampir 3 bulan berlalu nape la malas nak update blog...huhuhu.Tak ada idea nak menulis..cerita banyak nak tulis tapi..tak tau mana nak mula.Tapi ini pun dah cukup baik ...tanda2 nak menulis balik tu ada balik. Kerja di pejabat perlu disiapkan dengan berapa segera tapi mood semua nya hilang agaknya faktor usia banyak mempengaruhi juga kut.Rasa letih dan mengantuk sentiasa hinggap dalam diri.Agaknya macam mana la kalau keja kerajaan terpaksa kerja sampai umur 60 tahun.Ini baru masuk nak jadi warga emas dah rasa layu ..tak macam dulu2 keja boleh tekun.Agaknya aku perlu pencen awal huhuhuh tapi anak masih bersekolah rendah...kena fikir banyak kali gak ni.Di usia begini elok rehat dan pegi menghadiri majlis ilmu. Kita jamu mata sekejap denga bingka durian .Gambar lama layan je la. bingka durian

Pedihnya hati ini...

Bila kita dapat tahu orang yang kita sayang mempermainkan kita ...hati mula merasa sakit,sedih dan terawatt kecewa.Mula tertanya2 apa kekurangan kita?Apa kehendak semua telah diberi..sanggup mengabaikan keperluan sendiri.Perlu kah aku meninggalkan hati ini masih marasa kasih kepadanya. Ya allah tabahkan hatiku untuk melupakannya.Biarlah dia mencari kebahagian dia sendiri.Mungkin aku tidak cukup bagus pada dirinya.Sudah puas ku tabur budi...rupanya habis madu sepah dibuang...

Lama dah tak update blog...

Image
Lama dah tak update blog...malas nak menaip..lagi pun idea kurang.Tak tau apa nak ditulis.Tapi hari ni letak la pic makanan sepanjang cuti hari raya yg lepas.....  Mee kari....terbaikk  Masak lemak telor itik ,ulam2 n sambal belacan  Pecel lele(ikan keli goring),pucuk paku masak lemak,sambal belacan n ulam raja  Ayam masak merah nasi tomato kek coklat ...sepatutnya dikukus...tapi dibakar dlm oven   ini lah rangkuman cerita sepanjang syawal lepas....

Iftar dihujung minggu..Nasi ayam.ayam bakar dan bubur kacang hijau dengan durian

Image
Jumaat lepas Hagiq balik ..pesan nanti masak daging masak lemak untuk bawak balik KL hari Ahad nanti ..Tapi iftar untuk ari Sabtu lepas..Nasi Ayam.ayam bakar dan bubur kacang campur durian.Bubur kacang permintaan anak dara .memang dia sorang pun yang makan pun     nasi ayam ni seklip mata je licin nya..sementara aku solat maghrib..dekat nak abis .Tinggal tuk aku jer  sikit.Nasib baik aku tak jadi Ibu siPekan dalam cerita batu belah batu bertangkup.Syukur allhamdulillah rezeki di beri allah tak membazir pun ..

Marhaban ya Ramadhan...al fatihah buat arwah bonda Aisyah Jamaluddin

Image
Esok kita start berpuasa...banyak kenangan menjelma bila menjelang Ramadhan.Terutamanya pemergian bonda tercinta pulang kerahmahtullah pada 2 ramdhan tahun lepas.Masih ku ingat lagi tahun lepas satu ramadhan kami adik beradik menjadi kelam kabut sebab mak dikejarkan ke hospital mungkin kerana kegagalan buah pinggangnya bekerja.Sebelum dia memang sakit tak boleh tidor berbaring kerana terjatuh.Ini menyebabkan kakinya bengkak.Toksin dah penuh dalam darah.Allah sayang padanya dijemput nya kembali pada 2 ramadahan tahun lepas .Al fatihah wat emak tersayang tempat aku mencurah perasaan ku dikala jiwa merana.Sekarang ini tiada tempat untuk ku mencurah perasaan.Emak anak mu ini sering merindui mu..

Apa yang ada dalam handbag aku...

Image
Hari ni ngan banggannya sampai awal ke pajabat..kul 8.00 dah terpacak kat ofis.Sebelum naik ofis order roti canai kat kedai bawah jap lagi turun lepas buka ofis.Naik atas ..cari le kunci dalam handbag..cari punya cari ..kunci ofis tak ada.Kunci punya le banyak dalam tu kunci ofis jer tak der...   huhuhu..lepak kat bawah le jawapnya...tunggu budak-budak lain datang.Mana yer pegi nya kunci ofis..tinggal dalam handbag lagi satu ke..rasanya dah keluarkan semua..   Naik jer atas Manan dah sampai huhuhu..nasib baik.Masuk jer ofis ku lambak kan isi handbag atas lantai.Apa yang ada dalam handbag tu..kunci kereta,kunci rumah,dah tah pa2 kunci entah.Patutla berat handbag..rasa nak patah bahu   ha tu dia...pa ke jadah yang ada dalam handbag aku..ubatla..dompet,surah yasin,mesin bacaan gula dalam darah..duit syiling jer ada dalam rm10.00   mana tak berat..tu belum dompet siAmirah lagi....

Sibuk memanjang...

Salam.. Dah lama rasanya blog ni terbiar..sibuk memanjang..ke tak ada bahan nak cerita.Sepanjang minggu lepas ketat dengan jadual keja sampai tak ada masa nak tengok kebun yg berekar tu..hahaha.. cam luas beno yer.. Sekarang ni ada tugasan tambahan ....menyiram pokok orkid.Balik kampong bila erk..tak ingat dua minggu lepas kut ada amik orkid abah.Kesian pokok2 orkid tu kering tak sapa nak siram jadi bawak le balik ke Ipoh ni.Sebeno idak le tau bela orkid sebab memang tak minat tanam bunga..huhuhu.Bela jer la..kut mau lak dia berbunga..Arwah mak masa ada memang dia suka tanam orkid..sama ngan abah ..pokok orkid yg dah mati tu kalu bagi kat depa ..mau idup balik.. Nanti pic pokok2 orkid akan menyusul kalau teman rajin yerk...